malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Usah bicara peralihan kuasa secara terbuka - Anwar
Diterbitkan:  Jan 22, 2020 1:59 PM
Dikemaskini: 5:59 AM
ADS

Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa semua pihak dalam Pakatan Harapan tidak membicarakan soal peralihan kuasa secara terbuka.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas perang mulut antara penyokongnya dan penyokong Perdana Menteri Mahathir Mohamad, yang berterusan sehingga semalam.

“Saya menggesa semua pihak dalam Pakatan Harapan (PH) untuk tidak membicarakan soal peralihan kuasa secara terbuka dan menghormati konsensus yang telah disepakati pada Januari 2018,” katanya.

Dalam persepakatan dua tahun lalu itu, PH bersetuju Mahathir dilantik sebagai perdana menteri dan selepas itu menyerahkannya kepada Anwar.

Dalam kenyataan hari ini, Anwar berkata beliau telah memberi jaminan untuk menyokong Mahathir dalam ikhtiar mengemudi negara terutama mengukuhkan ekonomi.

“PH dan Tun Dr Mahathir telah berulang kali menegaskan komitmen untuk menjayakan proses transisi seperti yang dipersetujui.

“Maka sewajarnya kita turut menghormati keputusan tersebut agar ianya berlaku secara aman dan teratur,” katanya.

Lihat Komen