malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
MP Iran tawar AS$3 juta untuk bunuh Trump
Diterbitkan:  Jan 22, 2020 11:52 AM
Dikemaskini: 3:52 AM
ADS

GLOBAL l Seorang ahli parlimen Iran menawarkan ganjaran bernilai AS$3 juta kepada sesiapa yang berjaya membunuh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, ketika ketegangan Tehran dengan Washington DC teruk memuncak.

Agensi berita ISNA juga memetiknya sebagai berkata Iran boleh mengelakkan ancaman jika ia mempunyai senjata nuklear.

Di Geneva, duta pelucutan senjata AS Robert Wood membidas tawaran ganjaran itu sebagai "tidak masuk akal" sambil memberitahu pemberita tindakan itu menunjukkan "pengganas” mendukung pentadbiran Iran.

Ketegangan memuncak sejak Trump pada 2018 menarik Amerika Syarikat keluar daripada perjanjian pelbagai negara pada 2015 yang bermaksud untuk membendung program nuklear Iran, dengan alasan ia mempunyai banyak kelemahan. Washington sebaliknya mengenakan pelbagai sekatan ke atas Tehran.

Ketegangan itu menyaksikan serangan ketenteraan meletus awal bulan ini.

"Bagi pihak rakyat di wilayah Kerman, kami akan membayar ganjaran wang tunai AS$3 juta kepada sesiapa yang membunuh Trump," kata anggota parlimen Ahmad Hamzeh di sidang parlimen negara itu semalam, lapor ISNA.

Dia tidak menyatakan sama ada ganjaran itu mendapat sokongan daripada pemerintah Iran.

Bandar Kerman, di wilayah selatan ibu negara itu, adalah kampung kelahiran Qassem Soleimani, seorang jeneral Iran yang terbunuh dalam serangan drone yang diarahkan oleh Trump pada 3 Januari lalu. Ini menyaksikan Iran bertindakbals dengan melancarkan peluru berpandu ke sasaran AS di Iraq.

- Reuters

[Baca berita penuh]

Lihat Komen