malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Tentera Korea Selatan akan putuskan isu tentera transgender
Diterbitkan:  Jan 22, 2020 11:47 AM
Dikemaskini: 3:47 AM
ADS

GLOBAL | Tentera Darat Korea Selatan akan membuat keputusan pada Rabu sama ada untuk membenarkan seorang pegawai tidak bertauliah yang telah melakukan pembedahan menukar jantina terus berkhidmat, lapor agensi berita Yonhap memetik pegawai.

Keputusan mengenai kes yang belum pernah berlaku itu, dijangka memberi kesan terhadap hak golongan transgender Korea Selatan.

Pada akhir tahun lalu, pegawai itu telah menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand. Selepas pemeriksaan dibuat, pasukan perubatan tentera mengisytiharkan pegawai itu sebagai "orang cacat," yang memerlukan sebuah jawatankuasa memutuskan sama ada beliau boleh terus berkhidmat atau sebaliknya.

Pada masa ini, tiada peraturan mengenai kes tersebut. Pegawai itu telah menyatakan hasratnya untuk terus berkhidmat sebagai askar wanita.

Pada Selasa, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan Korea menasihatkan Ketua Tentera untuk menangguhkan mesyuarat jawatankuasa, memetik kemungkinan berlakunya diskriminasi, tetapi pihak tentera memutuskan untuk meneruskannya, dan keputusan dijangka diperoleh selepas mesyuarat tamat.

"Berdasarkan peraturan, keputusan mengenai perkara itu perlu dibuat selepas pemeriksaan perubatan dilakukan," kata pegawai tentera.

- Bernama

Lihat Komen