malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Lebih 4,000 kemalangan dalam tempoh 3 hari Op Selamat
ADS

Sejumlah 4,971 kemalangan jalan raya membabitkan 7,480 kenderaan dilapor dalam tempoh tiga hari sejak Op Selamat 16 sempena Tahun Baru Cina yang dilancarkan pada Sabtu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Azisman Alias berkata Selangor merekodkan jumlah kemalangan paling tinggi iaitu 1,557 kes, diikuti Johor (786 kes) dan Kuala Lumpur (548 kes).

Menurut beliau, daripada 42 kemalangan maut, penunggang dan pembonceng motosikal merekodkan jumlah kematian tertinggi iaitu 28 kematian.

“Sebanyak 70,804 saman dikeluarkan dalam tempoh tiga hari Op Selamat dilaksanakan iaitu bermula Sabtu hingga semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Op Selamat 16/2020 dari 18 Jan hingga 1 Feb memberi tumpuan kepada enam kesalahan utama iaitu memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memotong barisan, memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat.

- Bernama

Lihat Komen