malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Shafie: Warisan ambil tanggungjawab kekalahan PRK Kimanis
Diterbitkan:  Jan 21, 2020 8:36 PM
Dikemaskini: 12:46 PM
ADS

Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal, yang juga presiden Warisan, berkata partinya menerima kekalahan dalam pilihan raya kecil (PRK) Kimanis.

"Pengundi telah bersuara dan mereka telahpun membuat keputusan. Kita juga mengambil tanggungjawab atas kekalahan calon parti dalam PRK ini.

"Walaupun kalah dalam PRK tersebut, kita akan terus memberikan perkhidmatan, bukan sahaja kepada penduduk di Kimanis, tetapi juga rakyat di negeri Sabah pada keseluruhannya.

Pada masa yang sama, kita juga akan meneruskan usaha memperbaiki ekonomi, sistem pendidikan dan pembangunan infrastruktur di negeri Sabah," katanya dalam kenyataan media malam ini.

Ia merupakan kenyataan pertama Shafie mengenai kekalahan PRK pada Sabtu lepas.

Mohamad Alamin dari BN mengalahkan calon Warisan Karim Bujang dengan majoriti 2,029 undi, setelah memperoleh 12,706 undi.

Ia merupakan pertambahan undi majoriti berbanding pada pilihan raya umum lalu, yang menyaksikan BN menang kerusi Kimanis dengan majoriti 156 undi.

Dalam kenyataannya, Shafie turut berterima kasih kepada pengundi dan kepada semua jentera parti yang memberi sumbangan dalam PRK itu.

Lihat Komen