malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Hilman arah 7 pemimpin AMK disingkir kemuka bantahan pada Anwar
ADS

Penyingkiran tujuh pemimpin Pemuda PKR (AMK) tidak mengikut proses yang betul, kata timbalan ketuanya Muhammad Hilman Idham.

Beliau justeru mengarahkan anggota majlis pimpinan AMK yang dipecat menyatakan bantahan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail.

“Pelucutan jawatan itu tidak ikut proses diperuntukkan dalam parti,” kata Hilman kepada Malaysiakini ketika ditemui di Kimanis, Sabah hari ini.

“Ia mesti ada proses. Dan keputusan itu mesti dirujuk kepada MPP (majlis pimpinan pusat).

“Dan keputusan itu harus dibincang di mesyuarat.”

Syukri Che Ab Razab 

Setiausaha AMK Ahmad Syukri Che Ab Razab kelmarin mengeluarkan surat penyingkiran tujuh anggota majlis pimpinannya kerana tidak hadir mesyuarat enam kali berturut-turut tanpa alasan memuaskan.

Tujuh pemimpin itu ialah Nagarajan Kaniappan, Ahmad Khairul Mohamed Noor, Mohd Akmal Hisyam Ahmad Tamyiz, Mohd Firdaus Yusoff, Mohd Izad Buqhary Mohd Kamri, Nik Mohd Faris Syazwan Zainuzzaman dan Wan Mohamad Fitri Wan Abdul Rahim.

Ketegangan dalaman AMK itu dilihat berpunca daripada perang proksi dalam PKR antara Anwar dan timbalannya Azmin Ali.

Lihat Komen