malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Laporan: 'Pemburu kontrak' dalang anjur parti dalam kondo
Diterbitkan:  Jan 16, 2020 8:40 AM
Dikemaskini: 12:49 AM
ADS

Seorang ahli perniagaan yang sedang cuba mendapatkan kontrak lumayan daripada kerajaan didakwa menjadi dalang kepada pesta yang diserbu polis dan membawa kepada penahanan 17 individu termasuk seorang Adun Selangor baru-baru ini.

Memetik sumber yang tidak didedahkan, portal The Malaysian Insight melaporkan, ahli perniagaan terbabitlah yang membawa datang beberapa wanita serta menyediakan dadah untuk tetamu yang berkunjung ke premis berkenaan.

Seorang daripada wanita terbabit adalah pelajar sebuah kolej swasta, manakala seorang lagi warga asing.

Ahli perniagaan tersebut, kata sumber itu, juga menganjurkan sesi berjudi untuk mereka.

“Dia mahu memberi mereka peluang untuk berhibur, dengan harapan dia dan rakannya akan mendapat kontrak kerajaan yang menguntungkan,” lapor portal itu.

Dalam kejadian awal pagi 12 Jan lalu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields menyerbu sebuah kondominium di Jalan Puchong, Kuala Lumpur, selepas mendapat aduan orang ramai.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, berkata aduan diterima kerana penduduk setempat mengadu ada bunyi bising dari kediaman berkenaan. Serbuan dilakukan kira-kira jam 4.40 pagi.


Baca Pengerusi Bersatu Selangor sahkan Adun ditangkap


Katanya serbuan itu membawa kepada penahanan 17 orang - termasuk enam wanita - bagi dilakukan ujian saringan air kencing. Daripada jumlah tersebut, kata Abdul Hamid, seorang didapati negatif dan dibebaskan, manakala bakinya diambil keterangan sebelum juga dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau tidak mengesahkan atau mendedahkan sebarang identiti mereka kerana polis sedang menjalankan ujian saringan kali kedua, selain mengelakkan prejudis atau subjudis. 

Adun Dengkil, Adhif Syan Abdullah, mendakwa berkunjung ke presmis tersebut untuk berbincang dan menafikan ditahan polis. 

Beliau yang juga ketua Pemuda Bersatu Selangor tidak menolak kemungkinan kejadian tersebut ada kaitan dengan pemilihan parti yang diadakan tahun ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen