malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
AGC tak teruskan pendakwaan fitnah terhadap wartawan
Diterbitkan:  Jan 14, 2020 9:42 PM
Dikemaskini: 3:06 PM
ADS

Pejabat Peguam Negara (AGC) membatalkan rancangan untuk membuat pendakwaan fitnah terhadap wartawan Tashny Sukumaran.

Peguam Negara Tommy Thomas ketika dihubungi Malaysiakini berkata, beliau telah melihat kes terhadap Tashny dan memutuskan ia sepatutnya digugurkan.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara khusus mengapa ia digugurkan.

"Saya telah arahkan pegawai yang bertanggungjawab untuk gugurkan kes," katanya.

Pada Ogos tahun lalu, Tashny, yang merupakan koresponden untuk South China Morning Post, mendakwa ahli dermatologi Dr Ruban Nathan menyentuhnya secara tidak wajar di sebuah klinik.

Dikatakan tiada jururawat yang berada bersama mereka ketika sesi tersebut.

Nathan menyifatkan dakwaan itu "tiada sokongan" dan seorang jururawat ada sepanjang sesi tersebut.

Dalam respons segeranya, Tashny berkata dia berasa lega dengan keputusan AGC tetap tetap menganggap perkara itu telah memberi kesan tidak baik kepada wanita lain yang berdepan keadaan serupa.

"Malangnya aduan kami berkenaan gangguan seksual sering ditolak atau dianggap berunsur fitnah.

"Saya juga mneggesa keraan melihat lompong (fault-line) dalam sistem keadilan jenayah kita dan mewujudkan ruang selamat untu wanita bersuara terhadap isu yang memberi kesan kepada kami," katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu hari ini, sebelum AGC memaklumkan keputusannya, Tashny berkata dia akan didakwa dengan fitnah jenayah esok susulan dakwaannya terhadap Nathan.

Berkenaan laporan polis yang dibuatnya terhadap Nathan, Tashny berkata ia diklasifikasikan sebagai "tiada tindakan lanjut" kerana bukti yang tidak mencukupi.

"Inilah sebabnya mengapa wanita tidak tampil ke depan (untuk melaporkan salah laku seksual).

"Mengapa tiada perlindungan terhadap mereka yang membuat laporan terhadap pemangsa ini?... Kita berada dalam sistem di mana wanita takut untuk bersuara, dan pendakwaan terhadap saya menguatkan lagi ketakutan ini," katanya di Twitter.

[Baca berita asal]

Lihat Komen