Pengiklanan

    Dr M: Saya undur sekarang jika majlis presiden PH mahu

    (Dikemaskini )
    Annabelle Lee  |  Berita

    Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bersedia untuk melepaskan jawatannya serta-merta sekiranya majlis presiden Pakatan Harapan mengkehendakinya.

    "Saya fikir ini akan diputuskan oleh empat parti (PH) bersama. Sama ada mereka mahu saya pergi atau tidak pergi.

    "Jika mereka mahu saya berundur sekarang, saya akan berundur," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur pagi ini.

    Dr Mahathir berkata demikian sebagai respons terhadap beberapa ahli parlimen PKR yang mencadangkan agar beliau menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim pada Mei tahun ini.

    Sebelum ini, perdana menteri berkata beliau akan menghormati janjinya untuk menyerahkan jawatan kepada Anwar selepas sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) yang akan diadakan di Malaysia pada November.

    Semalam, Ahli Parlimen PKR Wong Chen (Subang), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), William Leong (Selayang) dan Chang Lih Kang (Tanjong Malim) mengadakan forum awam yang mebincangkan sama garis masa peralihan kuasa itu.

    Antara sebab yang diberikan mereka agar peralihan kuasa dibuat lebih awal adalah untuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia dan bagi memberi Anwar lebih banyak masa untuk melaksanakan pembaharuan yang dijanjikan PH.

    [Baca berita penuh]

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih