malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Siapa langgar undang-undang masuk penjara, kata Dr M
ADS

Susulan penangkapan beberapa anggota Bersatu atas dakwaan penyalahgunaan dadah, pengerusinya Dr Mahathir Mohamad berkata partinya akan menunggu siasatan polis sebelum mengambil apa-apa tindakan.

Memaklumkan beliau tiada gambaran penuh berhubung kejadian awal pagi tadi, Mahathir berkata Bersatu akan patuh kepada undang-undang.

"Saya dengar cerita sahaja, saya tak tahulah.

"Kita perlu tunggu makluma penuh sebelum kita boleh buat keputusan apa yang perlu dibuat. Tentulah kita perlu patuh kepada undang-undang.

"Sesiapa yang langgar undang-undang, tak kira siapa, walaupun jika saya yang langgar undang-undang, saya perlu masuk penjara," katanya ketika ditanya pemberita sama ada Bersatu akan mengambil tindakan disiplin terhadap mereka yang ditahan.

Dalam serbuan polis di sebuah kondominium di Jalan Puchong awal pagi tadi, Ketua Pemuda Bersatu Selangor merangkap adun Dengkil, Adhif Syan Abdullah ditangkap dan telah dibebaskan.

Turut ditangkap ialah 16 lagi individu, termasuk enam perempuan dan beberapa pegawai tinggi kerajaan.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau telah menggantung tugas seorang pegawai kementeriannya yang ditahan.

Lihat Komen