malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Zaid mahu kehidupan lebih baik untuk rakyat Kelantan
Diterbitkan:  Jan 11, 2020 12:04 PM
Dikemaskini: 4:14 AM
ADS

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim mempunyai rancangan untuk memastikan kemenangan DAP di Kelantan walaupun negeri itu diketahui merupakan kubu kuat PAS.

Pengerusi DAP Kelantan yang baru dilantik itu berkata, matlamat utamanya kini adalah untuk menunjukkan kepada rakyat di negeri itu bahawa kehidupan mereka boleh menjadi lebih baik di bawah DAP.

"Rakyat Kelantan tidak begitu berbeza daripada tempat-tempat lain. Mereka juga mahu pemimpin yang baik; kerajaan yang baik, majlis tempatan yang baik, bekalan air yang baik dan mereka mahu membayar harga yang berpatutan.

"DAP adalah sebuah parti yang memiliki sejumlah besar pemimpin berwibawa dan pentadbir yang baik.

"Rancangan saya ialah untuk menarik perhatian rakyat yang kehidupan mereka boleh menjadi lebih baik dengan pemimpin yang baik. Saya tidak mempunyai apa-apa rancangan ajaib yang lain, "kata bekas menteri itu ketika dihubungi.

Bekas Anggota Parlimen Umno Kota Bahru yang berasal dari Kelantan itu, bagaimanapun, mengakui beliau mesti menghakis prasangka yang wujud terhadap DAP di negeri pimpinan PAS itu.

"Saya berasa yakin yang saya boleh melibatkan diri dengan mereka (rakyat Kelantan). Saya dah pernah berurusan dengan mereka.

"[...] Jika kita cukup peduli tentang rakyat kita tidak perlu janji langit dan bumi. Hanya janjikan kepada mereka kerajaan yang lebih baik, "katanya.

Pelantikan Zaid sebagai pengerusi DAP Kelantan diumumkan semalam, bersama-sama dengan pelantikan 16 ahli jawatankuasa penaja lain.

Beliau berkata penubuhan jawatankuasa pro-tem itu adalah langkah mengukuhkan kedudukan DAP di Kelantan.

Ini termasuk menjelaskan kepada rakyat Kelantan mengenai kebimbangan mereka, khususnya orang Melayu di sana terhadap DAP. 

DAP, katanya, juga perlu memberi penjelasan untuk menjawab tuduhan bahawa ia adalah sebuah parti berasaskan Cina atau komunis. 

Lihat Komen