malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Transkrip perbualan telefon sebelum Apandi Ali 'bersihkan' Najib
ADS

Pada 26 Januari 2016, peguam negara ketika itu Mohammed Apandi Ali mengumumkan berita yang mengejutkan bahawa beliau telah membersihkan perdana menteri Najib Razak daripada sebarang kesalahan dalam kes 1MDB dan SRC International.

Pengumuman tersebut menimbulkan bantahan, dengan dakwaan Apandi melindungi Najib. Pada hari yang sama sidang akhbar AG itu, Apandi pula dilantik ke dalam lembaga pengarah Tabung Haji

Bagaimanapun, rakaman telefon yang dihantar kepada SPRM pada awal bulan ini, mendedahkan apa yang terjadi pada hari-hari menjelang sidang akhbar yang dibuat Apandi itu.

Ketua SPRM Latheefa Koya berkata analisis forensik menunjukkan bahawa rakaman itu adalah asli dan ia menunjukkan unsur penyalahgunaan kuasa, konspirasi jenayah dan halangan terhadap proses keadilan.

Antara suara yang didengar dalam rakaman itu ialah Najib, isterinya, Rosmah Mansor, bekas ketua pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad, yang pada masa panggilan dibuat masih bersama Jabatan Peguam Negara dan bekas pengerusi Tabung Haji, Azeez Abdul Rahim.

Malaysiakini menerbitkan kembali transkrip perbualan dalam panggilan tersebut.

11.56 malam, 5 Januari 2016 - Dzulkifli Ahmad membuat panggilan telefon kepada Rosmah Mansor dan Najib Razak:

Dzulkifli: Hello Datin Seri

Rosmah: Ya, ya, ya, hai.

Dzulkifli: Maaf ganggu malam-malam ni.

Rosmah: Oh its ok, (tak jelas) tengok golf jap.

Dzulkifli: Ha, ha, ha.

Rosmah: Apa dia Dzul?

Dzulkifli: So... saya tadi kalau boleh nak jumpa dengan Datuk Seri sekali, cause apa tu, kertas siasatan tu kita dah terima, (tak jelas) kita dah terima, jadi saya nak update-kanlah apa… it’s not very good la kedudukan dia.

Rosmah: Apa macam mana dia punya tu?

Dzulkifli: It’s not good la Datin Seri.

Rosmah: Yang tiga orang tu punya nama ada eh?

Dzulkifli: Tiga orang, siapa?

Rosmah: Ada tiga orang punya nama eh mention?

Dzulklfli: (tak jelas) tiga orang…

Rosmah: Tiga orang punya nama yang diorang nak, ni eh?

Dzulkifli: Datuk (tak jelas)

Rosmah: Ye?

Dzulkifli: Datuk Seri punya nama.

Rosmah: Datuk punya nama?

Dzulkifli: Mmhmm.

Rosmah: Macam mana pula?

Dzulkifli: Tu yang kalau boleh saya nak jumpa tu.

Rosmah: Hang on hang on.

Najib: Helo?

Dzulkifli: Helo Datuk Seri, Assalamualaikum.

Najib: Waalaikumsalam.

Dzulkifli: AG dah terima benda tu Datuk Seri. Semalam kita terima IP tu. Jadi the cadangan tu, is not, not very good la Datuk Seri. Not very good.

Najib: Macam mana pula? Diorang kata lain pula?

Dzulkifli: (Ketawa) The IP is with me you know, Datuk Seri.

Najib: Macam mana nak involve saya?

Dzulkifli: (Ketawa) bila saya tengok benda tu macam nak menangis saya rasa.

Najib: Pasal saya tak terlibat langsung.

Dzulkifli: Masha-Allah. Saya tak tau la Datuk Seri. Very clear Datuk Seri dalam tu, saya sendiri ada IP with me. Saya diarahkan oleh peguam negara la untuk bantu dia.

Najib: Macam mana yang Abu Kassim kata lain cakap lain buat lain ni?

Dzulkifli: Masha-Allah. Datuk Seri dimaklumkan macam mana?

Najib: Saya dimaklumkan tak ada apa.

Dzulkifli: Ya Allah. (tak jelas) saya hubungi Datuk Ghazali nak mintak audience untuk Datuk Seri, pasal bila saya tengok, saya macam nak nangis Datuk Seri, sanggup to that extent.

Najib: Mana saya boleh (tak jelas) nanti benda tu keluar susah lak kita.

Dzulkifli: Itu yang saya cakap (tak jelas) saya nak update-kan Datuk Seri (tak jelas) mintak audience dengan Datuk Seri.

Najib: Saya jumpa AG Thursday ni.

Dzulkifli: OK la mungkin dia update-kan Datuk Seri. Tapi benda tu dah memang dengan saya dah. So (tidak jelas) pagi tadi saya dah ambil dah IP tu bawa masuk ke tempat saya.

Tapi yang tu tak apa, Tan Sri AG tak ada masalah Datuk Seri. He is very good, kita bersependapat itu tak ada masalah cuma nak update Datuk Seri apa sebenarnya cadangan yang dicadangkan oleh MACC sendiri Datuk Seri.

Najib: Tu yang tak kena tu. Kalau dia cadang, lepas tu benda tu keluar, then tak sedap.

Dzulkifli: Betul Datuk Seri. Tu yang kita risau sangat-sangat. Tu yang saya rasa Datuk Seri perlu tau perkara tersebut.

On the legal side kita boleh handle, Tan Sri Apandi boleh handle, saya boleh handle. Itu takde isu Datuk Seri, tapi selain dari legal tu. saya tak sangka to that extent serious-nya benda tu.

Najib: Mana saya main macam ni.

Dzulkifli: Wallahualam Datuk Seri. Saya rasa Datuk Seri, mintak maaf la, Datuk Seri memang kena main.

Najib: Kenapa kena main macam ni.

Dzulkifli: Teruk Datuk Seri.

Najib: Ye.

Dzulkifli: Hmmm. It’s better for me to (tak jelas) atau Datuk Seri nak tunggu jumpa Tan Sri Apandi hari Khamis ni tak ada masalah.

Najib: Mungkin saya… er.. Apandi dah tengok dah?

Dzulkifli: Apandi dia tengok sekali lalu macam itu saja semalam, that part sahaja.

Najib: Dia pun terkejut?

Dzulkifli: Dia pun terkejut. Memang terkejut. Dia semalam pun dah (tak jelas) He’s not very happy. Sekarang ni kita dok plan la macam mana nak buat benda tu.

Tak ada isu la. Legal kita boleh support, tapi macam Datuk Seri cakap la. Seolah-olah keputusan Gani tu betul la dulu, Datuk Seri.

Najib: Tak boleh macam tu. Macam mana Abu Kassim buat ni.

Dzulkifli: Tu la. Saya ada benda lain jugak, tadi pihak polis pun datang jumpa saya, about 1MDB nya isu. IO 1MDB jumpa saya, brief-kan saya tentang kes tersebut. 1MDB tak ada isu dah sekarang ni. Polis pun ok dengan saya.

Yang saya maklumkan (tak jelas) yang sebelum ni berlaku, jadi bila saya dengar tu pun saya terkejut Datuk Seri.

Cuma rupanya, its not only, it’s not Gani Patail sorang je Datuk Seri. Ni dia sendiri dengar perkara tersebut. Kalau Datuk Seri nak saya boleh bawa dia sekali jumpa Datuk Seri, dengar terus. He was present la meeting tu.

Bila Datuk Seri dengar tu, consistent la dengan keputusan sekarang ni Datuk Seri.

Najib: Ntah la (tak jelas) dia punya political implication tu (tak jelas)

Dzulkifli: (tak jelas) saya pun (tak jelas) pening kepala sekarang ni. Allahuakbar.

Najib: Kalau AG (tak jelas)  dia akan keluarkan (tak jelas) bocor report tu.

Dzulkifli: Itu yang kita tak dapat… banyak benda saya nak explain Datuk Seri. Dalam kes ni jadi peliknya… Kalau Datuk Seri lihat press release yang dikeluarkan baru-baru ni oleh Shukri, kertas siasatan tu dibentang kepada panel khas. Kita pelik pula, bila panel khas ni ditubuhkan.

Najib: Tu la dia.

Dzulkifli: Panel khas ni pulak terdiri dari lima orang, dan kenapa pula perlu ada panel khas sebelum dihantar kepada Pejabat Peguam Negara?

Jadi benda tu pula, (tak jelas) diwakili lima orang panel khas yang terdiri dari pakar-pakar. Jadi seolah-olah, nak buat, seolah menyatakan panel khas tu juga bersetujulah dengan pandangan MACC.

Dan yang peliknya hanya kes itu yang satu tu je, dia ada dua kes Datuk Seri, yang kes yang satu itu sahaja yang dibentangkan kepada panel khas yang satu lagi tu tak dibentangkan kepada panel khas.

Najib: Ni betul nak mengenakan ni.

Dzulkifli: Nampak-nampak macam itu la Datuk Seri.

Najib: Dia nak buat keadaan di mana politically benda ni terlalu sukar bagi kita la.

Dzulkifli: Tu la nampaknya Datuk Seri. Which is very bad, saya tengok very bad, very bad. Kalau tengok semalam pun dah, (tak jelas) masha-Allah saya macam nak nangis semalam. Adoi, macam mana ni?

How can they, they can come with this, sampai sanggup macam ni saya kata.

Najib: Nak jadi satu controversy.

Dzulkifli: Betul. Kita boleh handle Datuk Seri. Masalahnya, (tak jelas) tindakan keputusan tak selaras. (Tak jelas) kita tak tau samada dia akan bocor ke tidak.

Ramai sekarang dah tahu. Panel khas lima orang Datuk Seri, IO pegawai penyiasat dia lagi berapa orang. I think more than 10, maybe 20. Kita nak cover macam mana Datuk Seri?

Which is agak memeranjatkan juga.

Najib: (Tak jelas)

Dzulkifli: (Tak jelas)

Najib: Nak jadi gula-gula ke ni?

Dzulkifli: (Tak jelas) Tadi IO polis jumpa saya maklumkan, dalam satu pertemuan di rumah Tan Sri Gani, IO tersebut pun ada di sana.

Dan Abu Kassim beri tahu kepada AG, dia kata Tan Sri buat keputusan tuduh tu tudah sahaja la, Tan Sri pun nak bersara. You will be remembered by the people after this. This is the perkataan yang digunakan oleh Tan Sri Abu Kassim kepada Gani Patail.

(Tak jelas) sebelum Gani Patail dipecat (tak jelas) kalau Datuk Seri tengok masa tu, it is not… all this while kita katakan Gani yang jahat, memang dia pun satu, tapi how come benda tu keluar sampai Abu Kassim kepada Tan Sri Gani, seolah dia instigate benda tu. Sekarang kita tengok, Abu Kassim tak boleh kata dia cuci tangan Datuk Seri that he is not involved in this decision.

Yang pelik tu tak ada la dalam sejarah SPRM (SPRM berhenti memainkan rakaman).

12.20 tengah hari, 17 Januari 2016 - Dzulkifli Ahmad menelefon Azeez Abdul Rahim:

Dzulkifli: Datuk Seri, apa khabar?

Azeez: Ok Datuk, everything OK Datuk?

Dzulkifli: Sibuk ke Datuk Seri?

Azeez: No. no. no. Anytime for you, no problem.

Dzulkifli: Just to inform you. Last Thursday I dah prepare one, satu dah siap, and tadi just finished the second one, jadi semua dah finish dah siap, jadi esok boleh brief Tan Sri AG lah.

Kita dah fix the whole morning kita brief. The writeup for both dah ready.

Azeez: OK good.

Dzulkifli: Semua under control-lah.

Dzulkifli: Esok untuk pergi jumpa Tan Sri, tak tau la apa dia nak buat, tak apa saya update Datuk Seri.

Azeez: (Tak jelas) hantar balik belah sana mintak diorang (Tak jelas). Thank you sir, I know you are doing very well.

Dzulkifli: (Tak jelas) Tak tau la Tan Sri cakap apa kat Datuk Seri, ok?

Azeez: OK, dia kata esok lepas meeting tu dia nak tolak balik kat dorang, minta ulasan dalam seminggu, lepas tu. (Tak jelas)

Dzulkifli: I dalam dua minggu ni tak ada weekend la.

Azeez: Thank you brother, thank you brother. Don’t worry, don’t worry.

Dzulkifli: (Ketawa)

Azeez: Semua tu recorded, all the (tak jelas) info.

Dzulkifli: (Tak jelas) update Datuk

Azeez: Thank you. Take care ya. Apa-apa nanti calling.

Dzulkifli: Ok apa-apa nanti I update you. OK Datuk.

Azeez: Assalamualaikum.

Dzulkifli: Thank you Datuk Seri.

10.12 malam, 22 Januari 2016 - Dzulkifli Ahmad menelefon Azeez Abdul Rahim:

Azeez: How as it good or bad?

Dzulkifli: Dia… (tak jelas)

Azeez: Dia tak ada finding la?

Dzulkifli: Dia maintain Datuk Seri, kita hantar balik tu because kita pose certain questions to them, bila we pose certain questions to them, with the view that they take that opportunity untuk review la.

Tak adalah, diorang tak review la, maintain diorang punya tu

Azeez: I see.

Dzulkifli: Maintain lepas tu nak cadangkan pulak against dua orang lagi pulak.

Azeez: Dua je la?

Dzulkifli: Huh?

Azeez: Dua je la?

Dzulkifli: Tak yang tu maintain.

Azeez: Yang first maintain lagi tambah dua?

Dzulkifli: Tambah lagi untuk dua orang lagi, empat orang.

Azeez: Empat orang, Rosman, Shamsul…

Dzulkifli: Rosman tak. Shamsul dengan Nik, dengan Suboh, dengan Shamsul, dengan Aziz kut.

Azeez: Aziz mana?

Dzulkifli: Aziz something something I tak ingat Aziz mana.

Azeez: Oh ada Aziz la?

Dzulkifli: Ada Aziz, bukan Azeez Rahim la (ketawa).

Azeez: (Ketawa) Aziz, Shamsul, Subihi, Nik.

Dzulkifli: Nik, dengan Suboh.

Azeez: Ok la Rosman tak ada, alhamdulillah tak ada kena mengena Tabung Haji.

Dzulkifli: Ha tak ada.

Azeez: (Tak jelas) Confirm ye?

Dzulkifli: Confirm.

Azeez: You dah baca banyak kali ye?

Dzulkifli: Bacalah kita prepare ni. Ni nak finalise hari Isnin untuk saya lepaskan.

Azeez: Semuanya road to Mexico.

Dzulkifli: Mmm.

Azeez: Semuanya?

Dzulkifli: Semua.

Azeez: Semua sekali tapau (tak jelas).

Dzulkifli: No, no, no yang tadi Tan Sri, yang discuss dengan Tan Sri, what we are going to do is on Tuesday kita settle number one dulu la.

Azeez: OK.

Dzulkifli: Yang itu (tak jelas) ha ye sama macam itu la, lebih kurang la. Tapi we will settle that one first, once and for all lah.

Azeez: Yang part ni, dia go for (Tak jelas).

Dzulkifli: Yang mana which one?

Azeez: (Tak jelas) yang kita nak (Tak jelas).

Dzulkifli: (Tak jelas)

Azeez: Your boss is calling me, I’ll call you back later.

Dzulkifli: OK OK, tak apa. Tak apa.

11.56 pagi, 26 Februari 2016 - Shukry Mohd Salleh menelefon Dzulkifli Ahmad

Sebulan selepas sidang akhbar Apandi pada 26 Januari 2016 itu, setiausaha sulit Najib, Shukry Mohd Salleh membuat panggilan telefon kepada Dzulkifli, untuk mendapatkan apa yang kedengaran seperti dokumen berkenaan aliran dana ke dalam akaun bekas perdana menteri.

Shukry: Boss, PM baru (tak jelas) yang fund ni (tak jelas) yang bagi kat PM ni kan hardcopy ni (tak jelas) PM wants a complete set of funds yang pergi kat account ni kan (tak jelas).

Dzulkifli: Hmmm complete set eh? Yang semua masuk account dia?

Shukry: Yes. PM yang nak ni.

Dzulkifli: Bukan ada kat I, ada kat MACC, tapi tak apa kawan kita. Tak apa (tak jelas).

Shukry: Ah bos, cuba bos (Tak jelas).

Dzulkifli: (Tak jelas) Saudi (Tak jelas).

Shukry: (Tak jelas) Petang ni dia tak ada di pejabat, akan ada di PWTC. Tapi kalau moleknya bos deliver kat home dia la.

Dzulkifli: (tak jelas) kita discuss kat (tak jelas).

Shukry: (tak jelas) Bos Penang ke bos?

Dzulkifli: Ha Penang.

Shukry: Ambo (tak jelas) Nasi kandar Line Clear Jelutong semua tu.

Dzulkifli: (ketawa).

Lihat Komen