malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Menteri bayangkan kos sifar pengambilan pekerja Bangladesh
ADS

Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran hari ini berkata kerajaaan menyasarkan untuk mencapai perjanjian pengambilan pekerja asing dari Bangladesh dengan "kos sifar" sebagai sebahagian daripada usaha mengelakkan risiko sekatan perdagangan AS.

Kula berkata syarat-syarat perjanjian yang baru - di peringkat akhir perbincangan dua hala dengan Bangladesh - akan sama dengan perjanjian yang dicapai dengan Nepal terhadap pengambilan warganya ke negara sini.

"Apabila kita telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Nepal, kita kata bahawa salah satu syarat ialah apabila pekerja mereka datang ke sini, tidak ada bayaran yang terlibat. Kos sifar untuk pekerja.

"Supaya tiket perjalanan kapal terbang dan lain-lain perbelanjaan perlu ditanggung oleh majikan," kata Kula dalam sidang akhbar selepas menghadiri minggu 'bertemu rakyat' kementerian itu hari.

"Mengapa kita katakan ini? Oleh kerana Jabatan Negara AS telah meletakkan Malaysia di Senarai Pemerhatian Tingkat 2, sekali lagi, dalam laporan Pemerdagangan Orang (TIP) tahun lepas.

"Jika kamu berada di Senarai Pemerhatian Tingkat 2 secara konsisten selama 3 tahun, akan ada sekatan jika kita meneruskannya," jelasnya.

Menteri Kebajikan Pemastautin Luar Negara Bangladesh, Imran Ahmad Ahad lalu dilapor berkata kerajaannya tidak mahu menghantar pekerja ke Malaysia sebelum isu mengenai kos dan sistem pengambilan yang telus diselesaikan.

Kula, bagaimanapun, hari ini mengingatkan Malaysia adalah yang pertama mengenakan moratorium pada 1 September 2018 melalui penggantungan Sistem Permohonan Pekerja Asing bagi pekerja Bangladesh, yang hanya membenarkan proses pengambilan dijalankan oleh 10 agensi yang dipilih.

"Tidak banyak perkara yang tinggal untuk diselesaikan. Hanya satu atau dua perkara daripada 10 atau 12 perkara," kata Kula yang enggan mendedahkan butiran permintaan Malaysia kepada Bangladesh.

"Sebaik sahaja ia diselesaikan, kami akan buka sektor ini. Kerajaan Malaysia bersedia dan sanggup untuk berbuat demikian.

"Kita mengenakan moratorium jadi kita menamatkannya," katanya menambah kerajaan Bangladesh juga berusaha meningkatkan mekanisme untuk mencegah amalan pengambilan pekerja yang tidak bertanggungjawab.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen