malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Cat merah disimbah, bangkai ayam dalam kawasan rumah
Diterbitkan:  Jan 7, 2020 12:46 PM
Dikemaskini: 4:49 AM
ADS

Kereta ahli Majlis Bandar Raya Seremban K Senthivelu disimbah cat merah dan bangkai ayam ditinggalkan di dalam perkarangan rumahnya.

Kejadian itu berlaku sehari selepas Senthivelu dituduh memuat naik gambar pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik di Facebook yang dikatakan menyinggung perasaan netizen.

Senthivelu bagaimanapun enggan membuat spekulasi sama ada ia mempunyai kaitan dengan perkara itu.

"Tetapi saya tidak mahu membuat spekulasi dan saya akan serahkan kepada polis," katanya.

Dalam insiden itu, cat merah dikatakan diisi dalam tiga bungkusan dan kemudian disimbah di kediamannya di Nilai sekitar pukul 12.20 pagi.

Simbahan cat terkena ke atas kereta Perodua Myvi yang diparkir di dalam kawasan rumah.

Limpahan cat merah juga didapati di seluruh anjung rumahnya.

Senthivelu berkata beliau pulang ke rumah pada pukul 11 malam dan terus tidur.

Bagaimanapun, beliau berkata dihubungi oleh jiran kemudian memberitahu bahawa terdapat bau seperti petrol datang dari rumahnya.

Senthivelu kemudian mendapati rumahnya disimbah cat merah dan bangkai ayam ditinggalkan di perkarangan rumahnya.

Beliau mengesahkan telah membuat laporan polis terhadap insiden tersebut.

Beliau juga berkata tidak jelas siapa yang bertanggung jawab kerana rumahnya tidak dilengkapi CCTV.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin turut mengutuk tindakan tersebut.

"Ini bukan budaya Malaysia, ia tidak sepatutnya berlaku, politik berlandaskan demokrasi danundang-undang, bukan keganasan atau jenayah seperti ini."

"Saya berharap PDRM mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pelaku dan mereka yang terlibat," katanya dalam posting Facebook, selepas melawat rumah Senthivel pagi tadi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen