malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Israel tak terlibat bunuh Jeneral Qassem Soleimani - Netanyahu
Diterbitkan:  Jan 7, 2020 12:19 PM
Dikemaskini: 4:19 AM
ADS

GLOBAL l Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Isnin berkata Israel tidak mengambil bahagian dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan komander tertinggi tentera elit Iran Jeneral Qassem Soleimani terbunuh, lapor agensi berita China Xinhua.

Israel tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada konflik yang semakin memuncak antara Iran dan AS, kata Netanyahu.

Kenyataan itu dibuat semasa mesyuarat khas kabinet keselamatan Israel bagi membincangkan kesan pembunuhan Soleimani, yang memimpin Kor Pengawal Revolusi Islam Iran, lapor stesen penyiar Israel, Channel 13 TV.

Iran telah berikrar untuk membalas dendam atas pembunuhan Soleimani.

Israel menganggap Iran sebagai musuh ketatnya dan telah melancarkan pelbagai serangan udara di Syria yang menyasarkan rakyat negara itu.

- Bernama

Lihat Komen