malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Banjir Sabah: 2 PPS dibuka di Keningau, 95 mangsa
ADS

Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sook, Keningau bagi menempatkan 95 mangsa banjir daripada 19 keluarga, semalam.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataan hari ini, PPS berkenaan dibuka selepas dua kampung di Sook masing-masing, Kampung Rancangan Belia Tiulon dan Kampung Sook Pusat dinaiki air berikutan hujan berterusan semalam.

Jalan perhubungan utama ke Kampung Rancangan Belia Tiulon turut terjejas, bagaimanapun, ketika ini air sudah mulai surut.

- Bernama

Lihat Komen