malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Jangan lari bila ada kritikan, pesan pengerusi DAP P Pinang
ADS

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow menggesa pemimpin dan anggota parti itu agar tidak lari apabila berdepan dengan kritikan pengundi dan masyarakat umum.

Berucap di Konvensyen DAP Pulau Pinang hari ini, Chow berkata pemimpin parti itu perlu secara berani mendepani sebarang kritikan negatif terhadap DAP yang kini merupakan sebahagian daripada kerajaan persekutuan.

Soal itu akan menjadi keutamaan parti itu selepas ini, katanya yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

"Kita tak boleh hilang apabila berdepan kritikan, perlu tampil untuk bersemuka dengan para penkritik.

"Kita perlu membantu membuang persepsi negatif terhadap parti dengan berkongsi maklumat yang betul," katanya kepada 372 perwakilan yang hadir di sebuah hotel di Perai.

Chow seterusnya menggesa anggota DAP agar mempertahankan projek pembangunan kerajaan negeri yang menurutnya sering menerima bantahan NGO.

Beliau tidak menyebutnya secara khusus tetapi beberapa projek kerajaan Pulau Pinang, seperti Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) dan projek tambak laut untuk mewujudkan tiga pulau buatan - dibantah NGO seperti Penang Forum dan Persatuan Nelayan Pulau Pinang.

Antara kritikan terhadap projek tambak laut itu, yang dibuat di perairan selatan Pulau Pinang, ialah ia akan menjejaskan kegiatan dan pendapatan nelayan di sana.

"Kita perlu kongsikan maklumat yang betul tentang projek-projek ini. Kini kita sebahagian daripada kerajaan, bukan seperti dulu apabila kita boleh hanya mengkritik," kata Chow lagi.

Berkenaan kritikan daripada anggota parti sendiri pula, Chow berkata ia boleh dilakukan menerusi saluran yang betul.

"...Kita ada peranan baru sebagai anggota kerajaan persekutuan. Kita perlu pertahankan dasar dan jika ada kelemahan, ia boleh dibincangkan menerusi platform yang sesuai. Kita masih boleh membangkitkan suara akar umbi," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen