malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kementerian arah siasat runtuhan di tapak pembinaan Lebuhraya Pan Borneo
Diterbitkan:  Dec 14, 2019 2:33 PM
Dikemaskini: 7:04 AM
ADS

Kementerian Kerja Raya mengesahkan dua pekerja cedera dalam runtuhan jambatan yang berlaku di tapak pembinaan projek Lebuh Raya Pan Borneo dan mengarahkan siasatan menyeluruh ke atas kejadian itu dilakukan.

Runtuhan tersebut berlaku pada jam 2.40 petang semalam apabila beberapa rasuk jejambat terjatuh di kawasan tapak pembinaan pakej kerja 11 Lebuh Raya Pan Borneo di Miri, Sarawak.

"Kementerian juga telah menerima laporan bahawa dua orang pekerja telah mengalami kecederaan berikutan kemalangan tersebut dan kini telah dirawat.

"Kerja-kerja pembinaan di kawasan kemalangan telah di hentikan dengan serta merta bagi memastikan keselamatan para pekerja dan orang ramai," menurut kenyataan yang dikeluarkan unit komunikasi korporat kementerian tersebut hari ini.

Pihak kementerian juga melalui kenyatan tersebut juga sudah mengarahkan agar penyiasatan menyeluruh dijalankan.

Semalam, Borneo Post Online melaporkan beberapa rasuk jejambat di kawasan pembinaan itu terjatuh dan menyebabkan salah seorang pekerja mengalami kecederaan serius.

Kedua-dua mereka kemudiannya dikejarkan ke Hospital Miri untuk rawatan kecemasan.

Lihat Komen