malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Baca laporan Bank Dunia, Anwar gesa penuhi manifesto
Diterbitkan:  Dec 13, 2019 3:02 PM
Dikemaskini: 7:02 AM
ADS

Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa kerajaan “lebih tuntas dan tegas dalam memenuhi janji-janji manifesto Pakatan Harapan dalam membela mereka yang miskin dan terpinggir”.

Beliau membuat saranan itu selepas membaca dapatan Bank Dunia dalam laporannnya berkaitan ekonomi Malaysia “21st Malaysia Economic Monitor — Making Ends Meet” yang diterbitkan awal bulan ini.

“Dapatan-dapatan dalam laporan tersebut sewajarnya meningkatkan kesedaran kita sebagai kerajaan pemerintah dalam menyelesaikan isu kos sara hidup, memacu pertumbuhan ekonomi, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dengan gaji yang munasabah serta program-program kebajikan untuk mereka yang terpinggir rentas kaum.

“Saya juga ingin menggesa kerajaan untuk memantau projek-projek pembangunan oleh kerajaan sebaiknya bagi memastikan tidak ada kebocoran dana kepada pihak-pihak yang tidak sepatutnya,” katanya.

Dalam kenyataan hari ini, baka; perdana menteri berkata semua isu yang disentuh oleh laporan tersebut mampu ditangani dengan dasar ekonomi Pakatan Harapan jika diberi fokus.

Anggota parlimen Port Dickson berkata beliau yakin keadaan lebih suram berlaku di kawasan desa seperti di Kelantan, Kedah dan Terengganu, serta pedalaman Sabah dan Sarawak.

Beliau juga mengingatkan cadangan laporan Bank Dunia bahawa komunikasi berkesan tentang kejayaan kerajaan adalah aspek yang penting dalam membina keyakinan serta memastikan kejayaan melaksanakan dasar-dasar.

Lihat Komen