malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dua lelaki Rohingya ditahan lepas pecah rumah
ADS

Polis menahan dua lelaki Rohingya beberapa jam selepas mereka dipercayai melakukan kegiatan pecah rumah di Taman Teok Garden dekat Kulai, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata lelaki berusia 21 dan 22 tahun itu ditahan antara pukul 1.00 dan 3.00 pagi di sekitar Kulai hasil maklumat orang ramai dan semasa ditangkap kedua-duanya mengaku terlibat dalam kejadian pecah rumah itu.

Beliau berkata kedua-dua supek melakukan jenayah berkenaan pada pukul 11.30 malam di sebuah rumah warga Indonesia yang merupakan permaustautin tetap.

"Kita turut merampas wang tunai RM526, satu unit beg pinggang, satu helai resit pajak gadai dan dua helai resit kedai emas,” kata Tok menerusi kenyataan, di Johor Bahru hari ini.

Menurutnya kedua-dua mereka kini direman selama 14 hari bermula semalam di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ), dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

- Bernama

Lihat Komen