malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Jangan heret Najib ketuai kelab ketua bahagian Umno'
Diterbitkan:  Dec 12, 2019 2:37 PM
Dikemaskini: 6:37 AM
ADS

Majis Tertinggi (MT) Umno diminta menasihati ketua-ketua bahagian parti itu supaya membatalkan hasrat untuk menubuhkan kelab yang dijangka akan turut mengheret bekas presiden parti itu, Najib Razak.

Setiausaha Agung Veteran Umno Mustapha Yaakub, berkata tidak wajar untuk mengheret dan mempersulitkan Najib yang kini sedang berusaha membersihkam namanya dengan pendakwaan di mahkamah.

"MT Umno patut menasihati ketua-ketua bahagian yang mahu menubuhkan kelab supaya membatalkan hasrat itu.

"Saya difahamkan mereka cuba mengheret Najib untuk mengetuai kelab itu. Jangan persulitkan Najib di dalam usahanya untuk membersihkan namanya dengan tindakan pendakwaan mahkamah.

"Janganlah membebankannya dengan sebarang usaha yang boleh menjejaskan kedudukannya sebagai 'pemimpin bebas' yang popular dengan gerakannya tersendiri," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, hari ini.

Pada perhimpunan agung Umno yang berakhir Sabtu lalu wujud cadangan untuk menubuhkan kelab ketua bahagian Umno yang berhasrat menjadikan bekas perdana menteri itu sebagai presiden.

Bagaimanapun tidak ada mana-mana ketua bahagian yang menyahut cadangan berkenaan, bahkan Najib juga hanya berdiam diri.

Cadangan itu mendapat pelbagai reaksi daripada pemerhati politik yang beranggapan bahawa adalah lebih baik Najib bergerak sendirian seperti mana dilakukan kini.

Pada 9 Jul lalu, Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan memaklumkan pelantikan Najib dilantik sebagai pengerusi lembaga penasihat BN.

“Najib akan menjalankan tugas membantu BN dalam usaha untuk mengembalikan semula sokongan rakyat kepada parti ini," katanya.

Jelas Tengku Adnan, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Majlis Dewan Tertinggi BN sebulat suara bersetuju mengenai perlantikan itu.

Lihat Komen