malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
MTUC mohon Dewan Negara sekat RUU pembaharuan undang-undang buruh
Diterbitkan:  Dec 10, 2019 12:19 PM
Dikemaskini: 4:37 PM
ADS

Pemimpin tertinggi MTUC hari ini bertemu anggota Dewan Negara dalam usaha memujuk mereka supaya tidak mengundi Rang Undang-Undang Pembaharuan Undang-Undang Buruh, yang menurutnya cuba membunuh kesatuan sekerja di negara ini.

Dalam pertemuan itu mereka mengemukakan laporan terperinci tentang beberapa perubahan yang dicadangkan dan meminta rang undang-undang itu dihantar semula kepada Majlis Penasihat Buruh Nasional (NLAC) untuk semakan sebelum dibentangkan kembali pada sidang parlimen yang akan datang.

Perwakilan MTUC, yang dipimpin presidennya, Abdul Halim Mansor dan setiausahanya J Solomon, bertemu dengan presiden Majlis Senator Khairuddin Samad.

Abdul Halim berkata perubahan kepada rang undang-undang itu dibuat tanpa berunding dengan pihak berkepentingan.

"Perubahan yang dilakukan tanpa mendapat merujuk MTUC dan MEF dan ia melanggar Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang telah diratifikasi oleh Malaysia," katanya menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MTUC.

"Kami menggesa anggota Dewan Negara untuk menghantar kembali Rang Undang-Undang berkenaan dan berunding dengan NLAC untuk menghapuskan undang-undang yang tidak baik," katanya.

Kata kenyataan itu lagi, Khairuddin bersetuju dengan MTUC bahawa ada peruntukan tertentu yang boleh memberi kesan keharmonian perindustrian yang kini dinikmati oleh pekerja.

Oleh itu katanya, Khairuddin berjanji bahawa beliau akan menggesa para Senator untuk membawa bantahan dari MTUC apabila Rang Undang-Undang berkenaan dibentangkan di Dewan Rakyat yang dijangka akan berlaku minggu depan.

Bagaimanapun, katanya MTUC mungkin sukar untuk mencapai matlamatnya.

"Senator Pakatan Harapan dikenali mengkritik kerajaan secara terang-terangan tetapi datang untuk mengundi. Jadi saya ingin mendesak senator Harapan untuk mempertimbangkan hujah-hujah yang dikemukakan MTUC," katanya.

Lihat Komen