Pengiklanan

    Pesawah telah meninggal dunia masih terima subsidi RM57 juta

    (Dikemaskini )
    Berita

    Ribuan pesawah yang telah meninggal dunia sejak lebih 10 tahun lalu masih menerima subsidi kerajaan dan insentif berjumlah RM57.92 juta di antara tahun 2016 dan 2018.

    Perkara itu didedahkan menueris audit yang dijalankan Jabatan Audit Negara terhadap pengurusan subsidi dan insentif kepada para petani.

    Subsidi berkenaan diberikan untuk baja dan racun perosak.

    Menurut audit, pada musim pertama penanaman padi pada 2016, sebanyak 3,210 pesawah yang telah meninggal dunia menerima bantuan itu. 

    Angka itu meningkat kepada 7061 penerima yang telah meninggal dunia pada musim kedua penanaman padi pada 2018.

    Seramai 2,337 penerima telah meninggal dunia selama lebih daripada 10 tahun pada Disember 2018.

    Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam responnya berkata mereka tidak menolak kemungkinan subsidi dan insentif terbabit diperoleh ahli keluarga terdekat.

    Katanya, semakan data dilakukan bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)  mendapati seramai 11,712 orang telah disahkan meninggal dunia, manakala 5,099 tidak mempunyai rekod yang berdaftar dengan jabatan berkenaan.

    Ini menjelaskan bahawa nama petani yang telah meninggal dunia masih berada dalam senarai penerima kerana tidak dibersihkan.

    Senarai tersebut dikemaskini bagi musim pertama penanaman padi pada 2019.

    Sementara itu audit juga mendapati antara 2016 dan 2018, sebanyak RM28.8 juta subsidi dan insentif dibelanjakan kepada 1,427 dan 2,421 penerima bantuan yang nombor kad pengenalannya "tidak wujud".

    Kementerian itu menjelaskan ia berlaku disebabkan kesilapan perkeranian apabila memasukkan butir-butir petani dan menjelaskan perkara itu juga telah diperbetulkan.

    Kelemahan lain yang ditemui oleh audit termasuk kelewatan penghantaran baja kepada petani.

    Sebanyak RM192.6 juta denda dikeluarkan terhadap pembekal kerana penghantaran baja yang lewat atau tidak memenuhi spesifikasi di antara 2016 dan 2017.

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih