malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Bantuan k'jaan di musim tengkujuh pada pekebun kecil getah Kelantan
ADS

Kerajaan akan menyalurkan bantuan lebih RM29 juta kepada pekebun kecil getah di Kelantan menerusi Bantuan Musim Tengkujuh.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Senator Mohd Radzi Md Jidin berkata bantuan itu akan mula diberikan kepada 49,328 pekebun kecil bermula Disember ini.

“Kelantan merupakan antara negeri yang paling banyak menerima peruntukan ini berbanding negeri-negeri lain," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Usahawan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) peringkat Kelantan yang turut dihadiri Pengarah Risda Kelantan Mohd Zulkifli Hassan di Kota Bharu, hari ini.

Katanya bantuan itu akan diagihkan menerusi RISDA kepada pekebun kecil getah yang telah lulus permohonannya.

"Peruntukan sebegini membuktikan kerajaan komited untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat dan kita juga sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan rakyat dan akan sentiasa membantu bergantung kepada kemampuan kerajaan,” katanya.

- Bernama

Lihat Komen