malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mereka boleh pecat saya jika mahu begitu, kata Mahathir
ADS

Diminta sesetengah pihak agar menyerahkan kerusi perdana menteri kepada Anwar Ibrahim, Dr Mahathir Mohamad memberikan reaksi bersahaja ketika ditanya mengenai isu itu petang tadi.

"Terserah kepada parti... Mereka (Majlis Presiden PH) boleh pecat saya jika mereka mahu begitu," katanya.

Pengerusi PH itu ditemui pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Suara-suara meminta Dr Mahathir menyerahkan jawatan perdana menteri kepada presiden PKR itu kembali muncul dengan ketara selepas PH kalah teruk dalam pilihan raya kecil di Tanjung Piai pada 16 Nov lalu.

Antara lain pengkritik mendakwa kekalahan PH itu merupakan petanda penolakan rakyat kepada kepemimpinan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

Menurut Dr Mahathir, peralihan kuasa "di pertengahan" boleh mencetuskan banyak masalah serta kekeliruan.

"Tapi sudah tentu kalau saya disingkirkan, saya takkan tahu. Namun saya fikir saya perlu serius mengenai hal ini.

"Apa yang terjadi kepada saya bukan sesuatu yang penting tapi apa yang terjadi kepada kerajaan dan negara itu yang betul-betul penting," katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Anwar bahawa tidak akan ada cubaan untuk membawa usul tidak percaya kepada Dr Mahathir di parlimen, beliau berkata: "Terima kasihlah..."

Namun beliau menyambung, sesiapa saja boleh melakukan tindakan sebegitu kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi.

"Kamu boleh buat apa saja yang kamu mahu. ita adalah parti demokratik, negara demokratik.

"Kami boleh buat usul tak percaya, atau kamu boleh bawa usul percaya," katanya.

Mengenai tahap sokongan yang diterimanya dalam PH ketika ini, Dr Mahathir berkata beliau yakin masih ada orang yang suka kepadanya.

"Setakat ini tak ada sesiapa tumbuk hidung saya," katanya berjenaka.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen