malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PH perlu perubahan drastik jika mahu kekal lebih satu penggal - Muhyiddin
ADS

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa perlu ada perubahan drastik sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) mahu kekal berkuasa melebihi satu penggal.

Beliau berkata ini perlu dilaksanakan dalam kadar segera dan tidak boleh ditangguhkan lagi dengan mengambil kira manifestasi rakyat yang diterjemahkan melalui keputusan pilihan raya kecil tersebut.

“Kalau PH mahu kekal untuk satu tempoh lebih dari sepenggal, perubahaan drastik besar-besaran perlu berlaku dalam banyak bidang termasuk dasar, pelaksanaan, dasar belanjawan, dasar fiskal, kepimpinan di mana kita percaya ini adalah penting dan kita perlu melihat,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Sabtu lalu PH mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya kecil Tanjung Piai di tangan BN yang menang selesa dengan majoriti 15,085 undi.

Beliau berkata PH perlu melihat lebih banyak dasar pro-rakyat dilaksanakan dan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi kerana ini adalah isu-isu itu yang sangat mempengaruhi kelas B40.

Walaupun terdapat faktor kewangan untuk dipertimbangkan, beliau berkata mereka perlu mengemukakan perkara itu kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng untuk mengkaji semula bagaimana mereka boleh melaksanakan perkara tersebut.

Muhyiddin juga mengakui beliau terkejut dengan majoriti 15,085 undi yang diperolehi oleh BN di Tanjung Piai.

“Ya saya terkejut. Saya terfikir banyak kumpulan pemikir yang telah membuat kajian dan sebagainya. Itu tidak dapat digambarkan dalam kajian mereka.

“Agensi-agensi intelligen kerajaan pun tak memberi gambaran sebegitu, jadi ini mungkin kerana rakyat bersikap diam, mereka tak mau cakap.

“Tetapi apa yang penting, lepas pilihan raya kita sudah dapat keputusan, kita tahu dan ini harus kita ambil perhatian yang berat,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen