malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Hidung Dr Mahathir berdarah, kini kembali bertugas
Diterbitkan:  Nov 19, 2019 1:25 PM
Dikemaskini: 5:56 AM
ADS

Jabatan Perdana Menteri hari ini mengesahkan Dr Mahathir Mohamad berada dalam keadaan sihat dan tidak membimbangkan meskipun didakwa mengalami sedikit pendarahan hidung, pagi tadi.

“Dr Mahathir sihat dan sudah kembali ke pejabat untuk bertugas,” petik kenyataan itu sambil menambah berita yang melaporkan beliau bergegas untuk mendapatkan rawatan perubatan adalah tidak benar.

Semasa sidang akhbar selepas merasmikan Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) 2019 anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Kuala Lumpur, hari ini, Dr Mahathir kelihatan mengesat hidungya.

Menurut portal TMI, tompokan merah kelihatan di sapu tangannya dan perdana menteri berusia 94 tahun itu dikejarkan untuk mendapatkan rawatan.

Sidang media berkenaan kemudian terpaksa ditamatkan selepas hanya empat minit. 

Dr Mahathir juga dijadualkan menghadiri Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019 di Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada jam 5 petang ini.

Lihat Komen