malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Isu Uighur: PAS desak k'jaan nyata pendirian tegas ke atas China
Diterbitkan:  Nov 19, 2019 12:13 PM
Dikemaskini: 4:13 AM
ADS

PAS mendesak Wisma Putra menyatakan pendirian tegas ke atas China ekoran pendedahan satu dokumen setebal 400 muka surat melibatkan nasib golongan minoriti umat Islam Uighur.

Timbalan preisdennya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata dokumen tersebut didedahkan oleh New York Times dan mengandungi ucapan Presiden China Xi Jinping pada tahun 2014.

"Dokumen itu mengesahkan telah berlaku satu kezaliman ke atas jutaan umat Islam Uighur.

"Justeru, PAS mahu kerajaan persekutuan menyatakan pendirian dan menghantar nota bantahan ke atas China kerana ia jelas telah melanggar hak asasi manusia dan menghapus umat Islam secara sistematik," katanya menerusi kenyataan.

Tuan Ibrahim berkata dokumen berkenaan menyatakan China telah menahan lebih satu juta umat Islam Uighur dalam sebuah kem di wilayah Xinjiang lebih tiga tahun lalu.

Katanya, beberapa pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa turut menyifatkan penahanan tersebut sebagai tindakan doktrinisasi pro Komunis dan menzalimi umat Islam tanpa melalui proses perbicaraan yang adil.

Menurut New York Times, antara lain dokumen tersebut menyatakan, Presiden China memberitahu pemimpin partinya bahawa mereka perlu bertindak “be as harsh as them and show absolutely no mercy” ke atas penduduk Uighur. 

Lihat Komen