malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
‘Harap pendakwa tak panjangkan lagi kes Rafizi’
Diterbitkan:  Nov 15, 2019 1:02 PM
Dikemaskini: 5:02 AM
ADS

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berharap pihak pendakwa tidak memanjangkan lagi kes terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini.

“Saya harap pihak pendakwa tidak perlu memanjangkan lagi kes terhadap Rafizi dengan apa-apa rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam.

“Biarlah keputusan menggembirakan hari ini menjadi penutupnya,” katanya dalam kenyataan.

Pagi ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengetepikan sabitan terhadap Rafizi dan bekas kerani Public Bank Johari Mohamad kerana melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia).

Mahkamah juga membebaskan serta menggugurkan tertuduh dari hukuman penjara 30 bulan yang dikenakan sebelum ini.

Wan Saiful juga meluahkan rasa gembira dengan keputusan mahkamah hari ini.

“Ini bukan sahaja berita gembira untuk Rafizi, tetapi untuk semua yang terlibat dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa sebelum PRU14 lagi.

“Sudah pasti berita ini akan disambut baik oleh kita semua,” kata Wan Saiful lagi.

Lihat Komen