malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kes bunuh wanita di Kalabakan: Seorang lelaki ditahan
ADS

Seorang lelaki dipercayai warga Indonesia ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita di sebuah ladang di Kalabakan dekat Tawau.

Ketua Polis Tawau ACP Peter Umbuas berkata lelaki berumur 40 tahun itu, yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri ketika ditahan, mengaku terlibat dalam pembunuhan wanita berumur 24 tahun itu, namun motif pembunuhan masih disiasat.

"Mangsa, seorang warga Indonesia, telah dilaporkan hilang pada 3 Nov lepas dan mayatnya telah ditemukan di kawasan semak di sebuah ladang di Imbak, Luasong, Kalabakan pada Jumaat lepas oleh keluarganya.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau menjalankan operasi menjejak dan menahan suspek pada 9.21 malam (pada 8 Nov) di Jalan Tanjung Batu," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Peter berkata siasatan lanjut mendapati suspek, yang bekerja sebagai buruh di ladang berkenaan, positif dadah ketika ditahan.

Katanya, suspek direman sejak semalam hingga 15 Nov bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

- Bersama

Lihat Komen