malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kapal minyak sawit mentah terbakar di Lahad Datu
Diterbitkan:  Nov 10, 2019 5:36 PM
Dikemaskini: 9:36 AM
ADS

Sebuah kapal membawa minyak sawit mentah terbakar di jeti Fordeco Construction Sdn Bhd di Lahad Datu di Sabah kira-kira pukul 11 pagi tadi, kata Ketua Polis Lahad Datu ACP Nasri Mansor.

Ketika dihubungi, beliau berkata Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.40 pagi menerusi sistem MERS 999 mengenai kejadian itu.

"Kebakaran melibatkan jeti minyak dan juga sebuah kapal Ever Growth milik Syarikat Pengangkutan Kekal Sdn Bhd berasal dari Sandakan yang membawa minyak sawit mentah.

"Semasa kebakaran berlaku, kapal telah ditarik ke tengah laut bagi mengelakkan kebakaran merebak ke tongkang atau kapal lain yang berada di limbungan Fordeco Construction," katanya.

Menurut Nasri, kebakaran dianggarkan bermula lebih kurang pukul 11 pagi dan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu berjaya memadamkan kebakaran pada kira-kira pukul 12 tengah hari.

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran dalam siasatan.

- Bernama

Lihat Komen