malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Umno P Pinang bidas pelan sukuk RM10bil untuk LRT
ADS

Seorang pemimpin Umno Pulau Pinang membidas keputusan kerajaan negeri menerbitkan sukuk RM10 bilion bagi membiayai projek LRT Bayan Lepas-Komtar.

Bekas Adun Pulau Betong Muhammad Farid Saad berkata sekiranya bon tersebut diterbitkan, kerajaan negeri perlu membatalkan projek penambakan dan tiga pulau buatan.

"Adakah kerajaan negeri mampu bayar balik hutang tersebut? Sebahagian besar hasil perolehan negeri adalah dari penjualan tanah dan ini telah berkurang dengan ketara kerana tidak ada lagi tanah untuk dijual, " katanya kepada Malaysiakini.

"Adakah lebih banyak cukai dikenakan ke atas rakyat Pulau Pinang dari sekarang jika keadaan serius mengenai pengeluaran sukuk?

"Adakah membina LRT mahal - salah satu yang paling mahal di dunia - dapat menyelesaikan masalah pengangkutan?" tanya beliau.

Farid berkata bahawa bon RM10 bilion tidak sepatutnya dibelanjakan sepenuhnya kepada LRT sahaja, sebaliknya boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah pengangkutan seluruh negeri di pulau dan di Seberang Perai.

Semalam, Ketua Menteri Chow Kon Yeow memberitahu bahawa DUN Negeri Pulau Pinang bahawa satu sukuk bernilai RM10 bilion akan diterbitkan bagi membiayai LRT, salah sebuah komponen dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

Bagaimanapun, PTMP ditentang oleh nelayan dan NGO, yang mendakwa ia akan membawa bencana alam dan kehilangan mata pencarian.

Menurut Chow, penerbitan sukuk ini adalah dicadangkan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam sepucuk surat kepada Pulau Pinang pada 15 Oktober sebagai jaminan daripada kerajaan persekutuan.

Ketua Menteri memaklum balas terhadap Jason Ong Khan Lee (Pakatan Harapan-Kebun Bunga) yang bertanya tentang status permohonan kerajaan Pulau Pinang untuk RM10 bilion untuk membiayai projek LRT.

"Adakah negeri ini masih dapat mewujudkan tiga pulau buatan untuk menampung kos RM46 bilion PTMP jika pembiayaan diperoleh?" Ong bertanya.

Untuk ini, Chow menjawab bahawa projek penambakan itu masih akan diteruskan untuk membiayai PTMP, yang berjanji untuk menyelesaikan masalah pengangkutan harian Pulau Pinang.

LRT merangkumi 29.5km dengan 27 stesen dari Komtar ke Bayan Lepas.

Lihat Komen