malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pemimpin pembangkang Kemboja ditahan pihak berkuasa Malaysia
Diterbitkan:  Nov 7, 2019 1:01 PM
Dikemaskini: 5:56 AM
ADS

Imigresen Malaysia menahan pemimpin pembangkang Kemboja Mu Sochua di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada Selasa.

Mu Sochua ialah naib presiden parti Cambodia National Rescue Party (CNRP) yang diharamkan di negara itu.

Memetik laporan Reuters, penahanan dua aktivis pembangkang Kemboja itu dibuat menjelang kepulangannya dan pengasas CNRP Sam Rainsy daripada dalam buangan.

Bagaimanapun Jabatan Imigresen memberikan reaksi segera berkaitan perkara itu, menurut agensi berita itu.

Dua aktivis itu ditahan pada Isnin malam dan sepatutnya dihantar pulang ke Kemboja pada petang Selasa.

Mereka bagaimanapun tidak jadi dihantar balik selepas Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen menarik balik perintah penghantaran pulang atas rayuan Suhakam.

Pada akhir Oktober, Mu Sochua juga dinafikan kemasukan ke Thailand.

Kemboja telah menahan sekurang-kurangnya 48 aktivis pembangkang tahun ini kerana didakwa merancang untuk menggulingkan kerajaan.

Kerajaan Perdana Menteri Hun Sen mengerahkan tentera di sepanjang sempadannya sebagai tindak balas kepada pengumuman Rainsy tentang pulangan yang dirancang pada hari Sabtu.

Lihat Komen