malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Mahathir dan isteri terima ijazah kehormat seni kreatif
Diterbitkan:  Nov 7, 2019 11:44 AM
Dikemaskini: 3:44 AM
ADS

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif sempena Istiadat Konvokesyen Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ke-15 hari ini.

Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah masing-masing menerima Penganugerahan Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif (Pembangunan Kesenian Kebudayaan) dan Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif (Promosi Seni Kreatif) yang disampaikan oleh Rektor Aswara Prof Madya Sahar Sa' di Hashim di Akademi ASWARA di Kuala Lumpur.

Penganugerahan itu sebagai penghargaan dan penghormatan tinggi terhadap Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah di atas jasa dan pengorbanan mereka dalam membangun serta melestarikan bidang kesenian, kebudayaan dan warisan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Istiadat konvosyen itu menyaksikan 171 graduan daripada tujuh fakulti menerima Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Diploma manakala lima graduan daripada Pusat Pengajian Pasca Siswazah menerima Ijazah Sarjana Seni Kreatif dan Ijazah Doktor Falsafah Seni Kreatif.

ASWARA terdiri daripada Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya, Penulisan Kreatif dan Filem, Tari, Teater, Muzik, Animasi dan Multimedia dan Rekaan Komunikasi Visual.

ASWARA yan telah beroperasi selama 25 tahun merupakan institusi pengajian tinggi khusus dalam bidang seni yang menawarkan 28 program akademik di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Doktor Falsafah.

Kesemua program itu mendapat pengiktirafan akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

- Bernama

Lihat Komen