malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
K’jaan bakal mansuh surcaj 10 peratus Touch N Go
ADS

PARLIMEN l Surcaj 10 peratus untuk menggunakan kad Touch N Go di kemudahan tempat meletak kereta akan dimansuhkan secara berperingkat, kata Timbalan Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Chong Chieng Jen.

Bagaimanapun, Chong memberitahu Dewan Rakyat ini akan mengambil masa sehingga tempoh kontrak berasaskan surcaj sedia ada antara Touch N Go dan pengendali tempat letak kereta itu berakhir tetapi kontrak baru tidak akan termasuk bayaran tambahan itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wee Ka Siong (BN - Ayer Hitam) yang mempersoalkan pelbagai caj yang dikenakan oleh Touch N Go, termasuk bayaran tambahan 10 peratus ke atas kemudahan tempat letak kereta dan bayaran tambah nilai 50 sen.

Chong Chieng Jen

“10 peratus dikenakan oleh tempat letak kereta yang disebutkan YB Ayer Hitam tadi memang membebankan pelanggan.

“(Tetapi) itulah polisi kita wariskan dari BN. Sekarang kita dah betulkan.

“Sekarang kitia nak hapuskan kos tambahan di mana surcaj 10 peratus tu akan dibatalkan tetapi oleh kerana tertekan dengan contractual obligation di mana saya sebut tadi,” katanya.

Beliau berkata ketika ini, surcaj hanya dikenakan di kemudahan tempat letak kereta di mana pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan kad tunai atau kad Touch N Go.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen