malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
SMSL: K'jaan tak patut benar Lynas proses lebih banyak bijih nadir bumi
ADS

Kerajaan perlu menolak permohonan Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk meningkatkan had pemprosesan lantanida pekat bagi tahun ini, kata Pengerusi Stop Lynas Save Malaysia (SMSL) Tan Bun Teet.

Beliau mempersoalkan sekiranya Lynas mendedahkan butiran lengkap komposisi lantanida pekat yang diimport ke loji penapisannya di Gebeng, Kuantan.

Guru bersara yang juga seorang aktivis itu mengaitkan peningkatan drastik residu Water Leach Purification (WLP) bagi lantanida pekat yang beliau syaki mengandungi tahap torium dan uranium yang tinggi.

Bagaimanapun, Lynas menolak dakwaan Tan dan mengatakan syarikat itu telah memberikan maklumat yang tepat kepada kerajaan.

"Komentar dari pengulas yang tidak berkelayakan dan tidak berpengetahuan tidak mempunyai asas sains dan Lynas Malaysia menyokong penuh pandangan Perdana Menteri bahawa keputusan perlu berdasarkan nasihat daripada pakar-pakar," kata Lynas dalam emel kepada Malaysiakini.

Ini adalah kali kedua Lynas memohon untuk meningkatkan had pemprosesan lantanida pekat. 

Kerajaan menolak permohonan pertama Lynas 'tahun lepas, menyebabkan operasi loji itu ditutup pada bulan Disember 2018.

Bercakap dengan Malaysiakini, Tan menjelaskan: "Lantanida pekat adalah nama lain bijih nadir bumi yang diimport dari Australia dan diproses di loji Gebeng sejak hari pertama operasi Lynas'."

"Mengapa terdapat begitu banyak WLP? Ini menunjukkan ia mengandungi torium dan uranium," katanya.

Lynas dilapor menghasilkan 637,581 tan sisa residu WLP pada 24 September 2019, meningkat daripada 451,564 tan metrik pada Disember tahun lepas.

Tan juga mengesyaki bijih nadir bumi itu diimport dari Australia.

"Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) tidak sepatutnya membenarkan Lynas mengimport lebih banyak bijih nadir bumi ke Malaysia," katanya.

"Lynas mengemukakan satu set dokumen, digelar Pelan Pengurusan Sisa Radioaktif kepada kerajaan. Ia menyenaraikan semua komposisi lantanida pekat, tetapi kita merasa apa yang dikemukakan) tidak menyeluruh," katanya.

Beliau berkata pihak berkuasa perlu mewujudkan satu mekanisme melibatkan pihak ketiga untuk memeriksa komposisi lantanida pekat berkenaan dan bukannya hanya bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh Lynas.

Kata Tan, Lynas yang beroperasi dengan kilang barunya pada Mei, berhasrat meningkatkan pengeluaran neodymium dan praseodimium (NdPr) untuk mendapatkan keuntungan.

Beliau berkata Lynas masih belum mengeluarkan pelan yang komprehensif untuk menangani isu residu berkenaan.

Beliau merujuk kepada residu WLP dalam simpanan residu sementara dan jutaan tan Neutralization Underflow Residue (NUF) yang terletak di loji berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen