malaysiakini logo
ADS
story-image
ADS

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam bertemu rakan sejawatannya dari Thailand, Jeneral Prayuth Chan-o-cha, di luar Sidang Kemuncak Asean ke-35 dan Sidang Kemuncak berkaitan di Bangkok.

Difahamkan dalam pertemuan yang berlangsung 45 minit di Pusat Konvensyen dan Pameran IMPACT itu, kedua-dua pemimpin membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama, termasuk keperluan untuk mengukuhkan usaha sama ekonomi dua hala.

Sebagai jiran terdekatnya, Thailand juga menzahirkan sokongannya terhadap industri minyak sawit Malaysia.

Prayuth, yang dipilih sebagai perdana menteri selepas pilihan raya umum pada Jun, juga berharap Malaysia turut sama menyokong industri getahnya.

Dr Mahathir tiba di Bangkok kelmarin, diiringi isteri Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen