Pengiklanan

    Dakwaan tahanan Sosma diseksa akan dibawa ke parlimen - MP

    (Dikemaskini )
    Berita

    Dakwaan beberapa tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma disiksa akan dibangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat pada Isnin depan, maklum Anggota Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong.

    Tahanan Sosma berkenaan dituduh di bawah Sosma kerana didakwa terlibat dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam atau LTTE.

    “Saya akan mengemukakan soalan mengenai isu ini kepada parlimen supaya menteri boleh mempunyai platform terbuka untuk mempersoalkan isu ini semasa sesi persidangan menteri minggu hadapan.

    “Menteri mesti memberi penjelasan kepada parlimen, termasuk langkah-langkah yang telah diambil untuk membetulkan keadaan, agar integriti pasukan polis tidak lagi terjejas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    MP Kota Melaka juga menggesa kerajaan untuk menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC).

    Katanya, IPCMC berfungsi untuk menjaga reputasi dan tahap profesionalisme pihak polis daripada dilibatkan dengan salah laku atau dakwaan yang tidak berasas.

    “Tidak seperti sekarang di mana mereka (polis) tidak mempunyai ruang untuk membersihkan nama mereka dalam bidang awam," katanya lagi.

    Khoo berkata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin perlu menyiasat dakwaan penyiksaan di bawah tahanan Sosma itu.

    “Saya menggesa ketua polis negara dan menteri dalam negeri untuk menjalankan siasatan segera terhadap aduan tersebut dan bertanggungjawab terhadap sebarang salah laku,” katanya dalam satu kenyataan.

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih