malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ahli akademik sifatkan Malaysia di bawah PH sebagai 'bencana'
ADS

Penganalisis dasar awam Lim Teck Ghee menyifatkan Malaysia di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai "bencana tidak terkawal'.

Bercakap dalam forum "Whiter Maruah Malaysia 2.0" hari ini, beliau berkata, kekecewaan terhadap pentadbiran kerajaan hari ini semakin berkembang.

"Buat masa ini, adalah jelas pasca PRU14 sebagai bencana, ia merupakan satu bencana tidak terkawal bagi pembaharuan dari mana-mana aspek atau cara pun anda melihat.

"Pendidikan, tadbir urus, hubungan kaum, hubungan agama, kegagalan daripada Icerd, Zakir Naik, Kongres Maruah Melayu dan banyak lagi. Senarai kekecewaan dan kegagalan politik terus meningkat," katanya.

Beliau berpendapat kebimbangan terhadap rasuah peringkat tinggi dan jenayah melibatkan ekonomi telah kembali semula.

Dasar, program dan pemikiran berkaitan doktrin ketuanan Melayu dan ketuanan Islam telah disebar sebagai propaganda kepada khalayak, katanya.

Menurutnya, pembaharuan dasar adalah proses yang panjang yang perlu dijalankan melalui perkhidmatan awam kerana ahli-ahli politik datang dan pergi.

"Realitinya adalah perkhidmatan awam semakin bersifat mono- perkauman [...] dan bergerak ke arah pelampau kaum dan agama.

"Jadi bagaimana untuk menyahtoksik perkhidmatan awam yang menjadi raksasa dalam saiznya, yang membawa kepada toksik perkauman dan agama," katanya.

Rakyat perlu bertanya kepada diri sendiri apa yang boleh mereka lakukan dalam  keadaan sedemikian, tambah Lim.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen