malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
P’raya kampus USM: Tak sampai 30% keluar mengundi
ADS

Keputusan peratus keluar mengundi bagi pilihan raya kampus Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun ini mencatat angka paling rendah dalam sejarahnya.

Ketua Urus Setia Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Fazilah Harun mengesahkan hanya 29.54 peratus (3,304 orang) daripada keseluruhan 11,187 pelajar pelajarnya keluar mengundi.

Tahun lepas, Fazilah, 23, seramai 40 peratus yang keluar mengundi manakala pada 2017, sebanyak 60 peratus mahasiswa USM turun mengundi.

Kemerosotan itu, katanya, mungkin disebabkan tarikh pengundian yang jatuh pada minggu peperiksaan dan musim hujan.

“Minggu pilihan raya adalah minggu yang sibuk. Pelajar perlu menghantar semua tugasan. Ada pembentangan dan majoriti pelajar dah pulang ke kampung halaman kerana cuti semester.

“Punca yang lain juga disebabkan faktor kekekarapan hujan berlaku pada kali ini. Sebab itu peratus kita menurun teruk,” katanya kepada Malaysiakini.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklum balas daripada USM berkaitan perkembangan ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen