malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Polis tahan pengguna Facebook ugut bunuh Kit Siang
ADS

Polis semalam menahan seorang lelaki berusia 50 tahun berhubung dengan ugutan bunuh terhadap pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang melalui Facebook.

Penangkapan itu susulan laporan polis yang difailkan oleh Ketua Pemuda DAP Howard Lee Chuan How di Jelapang, Perak minggu lalu.

"Polis menahan suspek di Temerloh, Pahang, semalam.

"Dia kini ditahan reman sehingga esok, selepas itu kami akan menghantar kertas siasatan ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Huzir Mohamed dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kenyataan Facebook suspek dikatakan tertera: "Lim Kit Siang ini sudah wajib dibunuh" telah dimuat naik oleh pengguna Facebook berkenaan.

Howard, ketika membangkitkan isu itu di Ipoh, Perak minggu lalu, berkata ugutan bunuh terhadap Lim adalah sesuatu yang membimbangkan.

"Dalam politik, saya sentiasa terbuka dan saya menghargai perbezaan pendapat, tetapi saya yakin ugutan bunuh tidak pernah diterima sebagai sebahagian hak asasi manusia di negara ini.

"Membuat ugutan bunuh seperti ini adalah jenayah yang serius.

"Ugutan bunuh terhadap pemimpin masyarakat yang telah menghabiskan masa bertahun-tahun berkhidmat kepada rakyat di negara ini memang membimbangkan dan tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan," katanya.

Lihat Komen