malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
MP Nibong Tebal semakin pulih
Diterbitkan:  Oct 22, 2019 11:18 AM
Dikemaskini: 3:30 AM
ADS

Anggota Parlimen Nibong Tebal, Mansor Othman, yang rebah ketika berbahas di parlimen semalam dinasihatkan doktor untuk mendapatkan rehat secukupnya.

Pengarah Komunikasi PKR Nibong Tebal, Mohd Fitri Ibrahim, memaklumkan anggota parlimen itu - yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) - berada dalam keadaan stabil dan semakin pulih.

“Alhamdulillah, Datuk Mansor sihat dan kini mendapat rawatan di IJN. Beliau dinasihatkan oleh doktor untuk mendapatkan rehat secukupnya.

“Beliau juga mengucapkan terima kasih atas doa dan keprihatinan semua pihak,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Fitri turut berkongsi foto terkini Mansor yang kelihatan sihat dan ceria.

Petang semalam, persidangan Dewan Rakyat dihentikan sebentar susulan Mansor rebah semasa sedang berbahas.

Rawatan awal di klinik parlimen mengesahkan Mansor mengalami syncopal attack iaitu sedikit penurunan tekanan darah yang menyebabkan beliau pitam.

- Bernama

Lihat Komen