BERITA

Gajah pygmy ditembak mati, gading diambil - Laporan

20 Oct 2019, 1:48 pm

Dikemaskini setahun lepas

A
+
A
-

Seekor lagi gajah pygmy yang merupakan hidupan liar terancam ditemui mati dengan kesan tembakan.

Gading gajah itu juga telah diambil, lapor Star Online.

Bangkai haiwan itu dijumpai di sebuah ladang di Beluran, Sabah.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga mengesahkan bangkai gajah itu ditemui pada pagi semalam.

"Pasukan veterinar dan renjer kami telah pergi untuk melakukan siasatan dan bedah siasat pada waktu petang selepas penemuan itu.

"Daripada apa yang kami ketahui, gajah itu ditembak mati dan dua gadingnya telah dikeluarkan," katanya.

Bulan lalu, seekor gajah pygmy juga ditemui mati di Tawau dengan luka 70 das tembakan.

Gadingnya juga dikeluarkan disyaki oleh pemburu haram.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.