malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Seorang rakyat Malaysia meninggal kemalangan di Turki
Diterbitkan:  Oct 17, 2019 12:13 AM
Dikemaskini: 4:13 PM
ADS

Seorang rakyat Malaysia meninggal dunia manakala beberapa yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya di Pamukkale, barat Turki malam ini (waktu Malaysia).

Sumber Kementerian Luar memberitahu Malaysiakini, seramai 10 orang lagi mengalami kecederaan dan empat daripadanya dalam keadaan parah.

Katanya pihak kedutaan Malaysia di Turki sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut.

Difahamkan seramai 35 orang rakyat Malaysia menyertai rombongan berkenaan dalam sebuah bas apabila kemalangan tersebut berlaku.

Menurut sumber itu, difahamkan kejadian malang itu berlaku apabila bas tersebut terbabas secara tiba-tiba.

Pamukkale ialah sebuah kawasan pelancongan yang terkenal dengan air panas yang kaya dengan bahan mineral.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan kenyataan dan maklumat lanjut daripada Kementerian Luar.

Sementara itu Bernama melaporkan bas tersebut membawa 35 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang dalam perjalanan Pamukkale ke Cappadocia.

Kemalangan tersebut, lapor agensi berita itu, berlaku di Afyonkarahisar.

Lihat Komen