malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Biojisim boleh selesaikan pembakaran hutan Indonesia
Diterbitkan:  Oct 15, 2019 4:01 PM
Dikemaskini: 8:01 AM
ADS

Kaedah biojisim atau penghasilan bahan api daripada tumbuhan dicadangkan sebagai penyelesaian kepada masalah pembakaran terbuka di Indonesia yang mengundang masalah jerebu rentas negara.

Dalam dialog berkaitan jerebu di ibu negara hari ini, kaedah itu beberapa kali dicadangkan oleh panelis dan pengunjung.

“Jika kita boleh memberi mereka value chain (rantaian yang bernilai), yang benda itu biojisim bernilai, mereka mungkin tidak akan membakar lagi pokok-pokok di sana,” kata Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) di Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Dr Nagulendran Kangayatkarasu .

Katanya, seandainya penduduk mampu menjana pendapatan alternatif daripada industri biojisim, mereka tidak akan melakukan pembakaran terbuka lagi.

Sementara itu, mengulas mengenai cadangan mengadakan Akta Jerebu Rentas Sempadan, Nagulendran berkata perkara itu masih berada dalam peringkat perbincangan dan kajian.

“Buat masa ini kita belum lagi bersetuju untuk melakukannya sepenuhnya. Kita mahu melakukan kajian terlebih dahulu.

“Kita di Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah memohon Akademi Sains Malaysia melakukan kajian terlebih dahulu dan memberikan baik buruk sama ada akta ini boleh digunakan atau tidak,” katanya.

Jelasnya, mereka menjangkakan kajian itu untuk siap dalam masa tiga bulan dan berharap agar ia dapat dibentangkan pada Januari nanti supaya kabinet boleh membuat keputusan bermaklumat.

Lihat Komen