malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Jerebu: Perlu jawatankuasa bersama Malaysia-Indonesia?
ADS

Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) di Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Dr Nagulendran Kangayatkarasu membayangkan sudah tiba masanya Malaysia dan Indonesia menjalinkan hubungan dua hala bagi mengatasi masalah jerebu.

“Mungkin sudah tiba masanya untuk satu jawatan kuasa peringkat tertinggi dua hala antara Malaysia dan Indonesia," jelasnya kepada pemberita dalam dialog berkaitan isu jerebu di ibu negara pagi tadi.

Perkara ini, katanya, bagi mengelakkan kedua-dua pihak terus menuding jari dalam isu jerebu yang berlaku.

“Mungkin satu jawatankuasa alam sekitar seperti yang kita ada dengan Singapura seperti Jawatankuasa Bersama Alam Sekitar Malaysia-Singapura.

“Mungkin kita boleh mengadakan kerjasama yang hampir sama dengan Indonesia,” katanya.

Nagulendran menjelaskan cadangan itu diperoleh daripada sesi dialog hari ini dan mereka boleh membawanya ke peringkat lebih jauh sekiranya kerajaan berminat.

Mengulas mengenai ketiadaan jawatankuasa dua hala Malaysia-Indonesia, beliau berkata rantau ini menggunakan platform Asean.

Lihat Komen