malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kira-kira 5,100 menara komunikasi dinaik taraf kepada 3G, 4G
Diterbitkan:  Oct 14, 2019 3:29 PM
Dikemaskini: 8:17 AM
ADS

PARLIMEN l Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menaiktaraf 5,128 lokasi menara komunikasi sedia ada kepada perkhidmatan 3G dan 4G, termasuk di kawasan luar bandar seluruh negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, 51 lagi lokasi menara dalam peringkat penaiktarafan.

“Setakat Ogos tahun ini, 2,397 menara komunikasi baharu telah siap beroperasi di kawasan luar bandar seluruh negara dan 249 lagi menara komunikasi baharu dalam peringkat pelaksanaan.

“Kerajaan sentiasa memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur komunikasi yang komprehensif merangkumi penyediaan liputan jalur lebar yang tetap dan lebih menyeluruh, stabil dan berkualiti terutama di kawasan luar bandar,” katanya dalam sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Arthur Joseph Kurup (PBRS-Pensiangan) mengenai langkah kerajaan dalam memastikan kawasan luar bandar termasuk Sabah, tidak terkecuali daripada menikmati talian komunikasi seperti telefon dan internet.

Menjawab soalan tambahan Arthur mengenai langkah kerajaan dalam memastikan rangkaian telekomunikasi di kawasan luar bandar lebih stabil, Gobind mencadangkan MCMC mengadakan taklimat bersama ahli Parlimen bagi mengetahui lebih lanjut mengenai cabaran geografi di setiap kawasan yang terlibat.

“Kita akan maklum tarikh taklimat ini dan saya minta semua ahli Parlimen ambil peluang ini untuk beri pandangan dan pendapat untuk bantu kita mengetahui khusus cabaran di negeri yang berbeza,” tambahnya.

- Bernama

Lihat Komen