malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Utusan perlu diselamatkan, bukan 'dibunuh'
ADS

Kelab Veteran Utusan Melayu Malaysia (KVUM) mempersoal tindakan Abd Aziz Sheikh Fadzir yang mengambil alih penerbitan akhbar itu meskipun mengetahui masalah kewangan yang dihadapi tetapi kemudiannya memilih untuk penggulungan sukarela pemiutang.

Ahli KVUM, Johan Jaaffar, berkata selaku pengerusi eksekutif Utusan Melayu, Abd Aziz, berkata, syarikat akhbar paling tua di negara itu tidak boleh "dibunuh" begitu saja, sebaliknya perlu beri peluang untuk terus hidup.

"Kita mahukan kebajikan petugas diambil kira, syarikat yang nak ambil alih (Utusan Melayu Berhad) bukan tidak tahu masalah industri persuratkhabaran.

Johan Jaafar

"Semua syarikat (surat khabar) buat penyesuaian, apa yang berlaku pada utusan boleh berlaku pada syarikat surat khabar lain.

"Tentulah orang yang ambil alih orang yang pandai dalam dunia korporat...terbabit dengan pembelian syarikat, syarikat yang tak maju boleh jadi untung, mengapa tak guna model sama untuk tujuan ini," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Johan berkata, pemberhentian operasi Utusan Malaysia adalah bukan pilihan yang terbaik bagi menyelesaikan kemelut berkenaan.

Pada Oktober tahun lalu, susulan masalah kewangan yang dihadapinya, akhbar bahasa Melayu tertua negara Utusan Malaysia membuat keputusan menghentikan operasinya.

Satu lagi akhbar terbitan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Kosmo! turut ditimpa nasib yang sama.

Perkara itu dimaklumkan oleh satu memo dalaman bertarikh 9 Oktober 2019.

Menurut memo itu, Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (Malaysia) Berhad Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata syarikat itu tidak lagi solven (mampu membayar hutang) untuk meneruskan perniagaan, walaupun telah melaksanakan beberapa langkah untuk menyelamatkannya.

"Oleh yang demikian, syarikat akan memberhentikan operasi berkuat kuasa pada Rabu, 9 Oktober 2019.

"Sehubungan dengan itu, tarikh akhir bekerja tuan/puan telah ditetapkan pada Rabu, 9 Oktober 2019, manakala tarikh akhir perkhidmatan ialah pada Khamis, 31 Oktober 2019," menurut memo berkenaan.

Bagi Presiden KVUM, Khalid Yunus mahu pihak kerajaan meneliti sama ada tindakan syarikat berbuat demikian mengikut lunas-lunas peruntukan akta pekerjaan atau sebarang akta berkaitan yang sedia ada.

"Kami khuatir ia akan menjadi 'preecedent' bagi syarikat lain mencari jalan mudah bagi menyelesaikan masalah mereka.

Khalid Yunus

"Kami juga menggesa agar syarikat mengambil kira kebajikan petugas yang diberhentikan. Mereka tidak hanya perlu dibayar gaji tertunggak selama ini, serta gaji sehingga tarikh akhir bekerja pada 31 Okt, tetapi menimbangkan pampasan lain yahg difikir perlu," katanya.

Selain itu, syarikat Pelikuidasi Interim yang dilantik, UHY Advisory (KL) Sdn Bhd perlu bertindak telus dengan membenarkan peguam bagi pihak petugas diwakili Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) dan Kesatu Kebangsaan Pekerja-Pekerja Akhbar (KPPA) cawangan Utusan Melayu memantau penjualan aset bagi tujuan pembayaran hutang.

Khalid berkata, beliau yakin Utusan Melayu mempunyai aset yang jauh melebihi daripada hutang yang ditanggung oleh syarikat itu.

“Saya tidak tahu berapa banyak hutang yang ditanggung oleh Utusan tetapi biasanya dalam perniagaan, orang tidak akan beri hutang jika kita tidak boleh bayar.

“Bank akan tengok aset yang ada. Kalau nilai aset bila dicairkan melebihi daripada beban hutang itu, sesiapa sahaja akan beri pinjaman,” katanya.

Dalam pada itu seorang lagi ahli KVUM, Ku Seman Ku Hussain, berkata kesinambungan utusan selepas ia dicetak kembali selepas ini sukar untuk dipastikan.

"Kita jual rumah pada orang lain, orang lain boleh buat apa saja, jangan harap kesinambungan," katanya ringkas.

Lihat Komen