malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
'Belanjawan 2020 pulihkan keyakinan rakyat terhadap PH'
ADS

Pengerusi PH Kelantan Senator Husam Musa berkata secara keseluruhannya apa yang dikemukakan oleh kerajaan persekutuan memberi kepercayaan rakyat bahawa PH bejaya mengurus serta mengembangkan ekonomi dengan baik.

"Pada keseluruhannya saya lihat belanjawan ini berjaya memulihkan keyakinan rakyat dan mereka mula percaya PH berjaya mengurus untuk mengembangkan ekonomi melalui Belanjawan 2020.

"Walaupun pada sebelum belanjawan dibentangkan pada keseluruhannya ada sikap pesimis terhadap kedudukan ekonomi dan kemampuan kerajaan PH dan ini adalah kerana masalah-masalah yang diwarisi," katanya kepada media ketika diminta mengulas mengenai perkara itu di Bachok, hari ini.

Terdahulu, Husam yang juga pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) hadir ke majlis perasmian Tanaman Fertigasi Berkelompok dan perjanjian persefahaman antara Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan dan Pergap Sdn Bhd.

Semalam, Lim dalam pembentangannya di parlimen mengumumkan peruntukan sebanyak RM297.02 bilion bagi Belanjawan 2020.

Dalam perkembangan sama, Husam yang juga naib presiden Amanah berkata, beliau yakin melalui Belanjwan 2020 rakyat dapat melihat bagaimana kerajaan PH meletakkan asas demi kemajuan ekonomi pada tahun-tahun mendatang.

Selain itu beliau turut berpuas hati dengan peruntukan kepada Kada yang diterajuinya melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Dalam hal Kada kita mendapat peruntukan sebagaimana yang dipohon sepenuhnya, dengan peruntukan ini saya berhasrat mengembangkan bantuan dan sokongan dalam bidang bukan padi.

"Ini bagi menjana kekayaan dalam kalangan petani-petani di zon Kada," katanya.

Lihat Komen