malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Stok minyak sawit meningkat 9.3 peratus pada September
ADS

Jumlah keseluruhan stok minyak sawit Malaysia meningkat 9.27 peratus kepada 2.448 juta tan pada September 2019 berbanding 2.241 juta tan yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Dalam kenyataan hari ini, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkata stok minyak sawit mentah (MSM) meningkat 4.84 peratus kepada 1.353 juta tan daripada 1.291 juta tan metrik manakala stok minyak sawit diproses meningkat 15.29 peratus kepada 1.095 juta tan daripada 949.945 tan metrik sebelum ini.

Ia juga berkata pengeluaran MSM meningkat 1.15 peratus kepada 1.842 juta tan metrik daripada 1.821 juta tan pada Ogos, manakala keluaran isirong sawit menambah 1.58 peratus kepada 453,654 tan daripada 446,585 tan metrik.

Eksport minyak sawit berkurangan sebanyak 18.77 peratus kepada 1.410 juta tan daripada 1.736 juta tan pada Ogos, manakala eksport oleokimia merosot 13.77 peratus kepada 263,097 tan metrik berbanding 305,118 tan bulan lepas.

Eksport Biodiesel pada bulan yang sama meningkat 16.43 peratus kepada 54,735 tan metrik berbanding 47,012 tan metrik manakala eksport kek isirong sawit meningkat 17.14 peratus kepada 168,789 tan daripada 144,090 tan metrik.

Sementara itu, eksport minyak isirong sawit merosot sebanyak 11.24 peratus pada September 2019 kepada 79,428 tan metrik daripada 89,489 tan pada bulan sebelumnya.

- Bernama

Lihat Komen